" Sayang . ." minuman coklat panas diletakkan di tepi meja yang dipenuhi cat serta berus lukisan...pandangan wanita yang tidak dimamah usia itu bermain di papan lukisan di hadapan nya...
" What happen dear ? Your drawing's keep getting worse...mummy tak pernah pulak nampak Edry guna padanan warna oren dengan kelabu sebelum ni...did anything happen darling ? " lembut suara Puan Maria menegur satu-satu nya teruna yang dilahirkan nya...
" Nothing's happen, mum...i just don't feel like painting today...something in my mind..." berus di tangan di conteng ke serata tempat pada papan lukisan itu lalu digumpal nya...cawan coklat panas dicapai lalu diteguk tanpa menghiraukan kepanasan yang dialami tekak nya...
Pandangan Puan Maria masih tidak lari daripada Adrian...masih risaukan dia, tak disangka kenangan itu masih belum dapat dilupakan anaknya...
*******
" Okey, done ! " Suria tersenyum kepuasan...dia berlari-lari anak ke arah Aulia yang menunggu di satu sudut...terus sahaja dia menarik tangan Aulia untuk cepat-cepat pergi dari situ...
" Oi-oi, rileks lah..takda orang yang nampak lah..slow-slow beb, nak tercabut selipar aku ni ha.." Aulia menghentikan langkah dan membetulkan kedudukan selipar merah jambu nya di kaki...
" Harap-harap dia terima.." ujar Suria dengan harapan tinggi melangit...
Sudah seminggu Suria mengarang surat untuk diberikan kepada pria yang diminati nya itu...kenapa sampai seminggu ? Mana tak nya, surat itu ditapis dahulu oleh Aulia...sudah tiga pucuk surat yang ditulis direject oleh Aulia...ayat terlalu berbunga la, jiwang sangat la, itu la, ini la...
Yang memujuk Suria untuk menghantar surat itu, Aulia juga...dia tidak mahu teman baik nya terus berangan dengan mamat yang bukan milik nya...dia juga tidak mahu Suria terus kecewa apabila melihat Adrian berdampingan dengan perempuan lain walaupun mereka hanya rakan sekelas...
" Dah-dah, jangan over sangat senyum tu...kang orang ingat kau gila pulak..benda ni belum pasti lagi tau..." kata-kata Aulia mematikan senyuman Suria yang tadi nya sudah hampir ke telinga...
" Eh, masam plak...takde, gurau je lah...dia mesti terima punya, caya lah ! " Aulia tersenyum...nasib baiklah rakannya itu cepat termakan dengan pujukan...
" Lia, nak aiskrim tak ? "
*******
Hampir sebulan berlalu...setakat ini sudah tiga pucuk surat dihantar ke meja Adrian...namun tidak satu pun dibalasnya...menggunakan khidmat dari kawannya juga tidak berjaya...tiap kali ditanya, jawapan nya tetap sama.." nantilah, lupa nak tanya "," dia sibuk, dia kata dia nak balas nanti " dan macam-macam lagi sudah kerap kali didengari...
Aulia sudah tidak tahan melihat keadaan Suria yang sering termenung dan tidak seceria dulu apabila bersama nya...dia terlalu obses Adrian sampai sekarang...Suria hanya menunjukkan perasaan sedih dan kecewa nya pada Aulia seorang..di hadapan rakan-rakan yang lain, Suria hanya mampu memberi senyuman yang dilukis...Aulia harus berbuat sesuatu...dia mesti berhadapan dengan Adrian...
*******
Usai dia menukar pakaian, perlahan-lahan dia ke kelas untuk mengambil buku yang ditinggalkan...saat-saat ini sahaja dia memerlukan buku sekolah, untuk menyiapkan tugasan yang diberi...subjek Fizik, dia memang lemah betul...langsung tak boleh siapkan kerja kalau hanya dengan buku rujukan...
Berhenti dia seketika di mesin minuman untuk membeli air tin yang dah selalu menjadi kegemaran nya setelah penat berlatih...waktu habis sekolah menjadi kegemaran nya setelah kejadian itu menghantui nya...dia amat sukakan ketenangan dan kesunyian yang sebegini...bagus untuk merawat luka di hati...
Diteguk nya minuman itu...tiba-tiba telinga nya menangkap suatu bunyi yang tidak sedap didengar...
" Tolong, jangan buat macam ni...lepaskan aku...lepaskan aku ! "
" Dengar my dear sweetheart, aku takkan puas kalau aku tak dapat apa yang aku nak...now, sayang...slowly and come to me, okay ? Come on..." tangan si lelaki kuat menggenggam si gadis...si gadis kuat meronta-ronta cuba melepaskan diri dari genggaman lelaki durjana itu...
Tunggu kejap ! Perempuan tu . . .
Debukk !!
Satu tumbukan singgah di muka si lelaki...sungguh, Adrian sudah tidak tahan dengan perangai si lelaki...sudah puas dengan clubgirls dan perempuan yang entah dari mana datang nya, bekas kekasih teman baik sendiri pun hendak di cuba nya...ini sudah melampau...
Si gadis sudah lari entah ke mana...si lelaki pula masih terduduk, memegang bahagian yang dilayangkan penumbuk...jelingan tajam diterima Adrian..
*******
" Lia, nah kerja sekolah kau...terima kasih sebab bagi aku pinjam..." kata Suria sambil tersenyum mengenyitkan mata...hanya Aulia yang tahu Suria masih berduka...
Sudah agak lama juga Aulia tidak mendengar cerita tentang Adrian dari mulut Suria...jika dulu, ada sahaja cerita tentang Adrian yang diceritakan...Adrian masuk tandas pun teruja dia menceritakan nya...
Terfikir juga Aulia, mungkin ini salahnya...dia yang mendesak Suria untuk menghantar surat kepada Adrian...dia yang menyuruh Suria berbuat sesuatu untuk menyatakan perasaan nya kepada Adrian, jejaka yang diminati nya...adakah salah dia ingin melihat rakan nya bahagia ? Atau mungkin caranya salah ?
Apa lagi yang dia boleh lakukan untuk menolong Suria...rakan nya itu sudah berkali-kali gagal dalam percintaan...ya, mungkin agak luar biasa bagi pelajar belasan tahun seperti mereka untuk berbicara tentang cinta secara serius...
Tetapi itu lah hakikat nya...mereka mampu seimbangkan cinta dan cita...namun cinta kadangkala lebih payah daripada formula addmath yang berbuku-buku untuk dipelajari...menyelesaikan masalah berkaitan cinta lebih rumit berbanding soalan fizik...dan keputusan hasil percintaan boleh menyakitkan hati daripada result peperiksaan...setuju ?
*******
Suasana hingar bingar di gelanggang...Adrian leka memanaskan badan dengan cuba melantun-lantunkan bola...
" Weyyy ~ korang tengok sape ada kat sini.." datang sekumpulan lelaki menghentikan seketika pergerakan Adrian...dipandangnya sekilas lalu diteruskan lantunan bola tadi...
" Apa kau nak ? " kendur sahaja suara Adrian, tetapi berbaur keras...
" Apa aku nak ? Weyy ~ pipi aku ni sakit lagi tau...cuba kau tengok, lebam lagi nehhh...kau ingat muka aku ni punchbag nenek kau apa? Nih-nih, hati ni, pun tengah sakit jugak...sakitttt ~ sangat, kau tau tak ! " kata Raffi, sambil tangan nya menunjukkan pipi nya yang masih kebiruan...
Adrian tidak mempeduli kan dan terus bermain dengan bola itu...
" Weyy ~ korang tau tak...mamat ni psiko...still tak leh lupakan ex awek dia...aku nak try pun tak sempat...macam ni la agak nya rupa orang yang tamak ye...macam lah aku nak sangat pompuan macam tuh...eh, Edry...kat pasar malam berlambak tau..." kata-kata Raffi cukup mencabar kesabaran yang cuba dipendam nya selama ini...
Bola di tangan digenggam nya sekuat mungkin, cuba menahan rasa amarah yang semakin menguasai diri...Raffi sudah melampau !
Prittt !!
Tiupan wisel mematikan hasrat Adrian yang berura-ura ingin menghadiahkan satu lagi penumbuk di muka Raffi...
*******
Dia berjalan di sepanjang koridor menuju ke kelas itu...ini kali kedua dia mencuba untuk menemui lelaki itu...harap-harap kali ini dia tidak akan bertemu lagi si lelaki yang cuba untuk berkelakuan tidak senonoh dengan nya tempoh hari...
Tiba di kelas nya...kosong...sunyi...dia terhendap-hendap di muka pintu...hanya cahaya matahari yang menyinari meja pelajar dan bunyi burung sayup-sayup kedengaran...di mana agak nya jejaka yang ingin ditemui ?
" Awak tengah cari siapa ? "
Suara yang tiba-tiba itu mengejutkan si gadis...empunya diri yang menegur itu pula terlalu dekat dengan dirinya...dek terlalu terkejut, dia hilang keseimbangan...si lelaki ingin cuba menolong tetapi dia pula tersadung kaki sendiri...
Debumm ~
Lalu mereka rebah, dengan tubuh si lelaki di atas si gadis...
Dan kejadian itu disaksikan pula oleh teman baik si gadis . . .
" Lia ? Adrian ? "
to be continue . . .





No comments:
Post a Comment