" Eh, Suria. Bila pulak kau ada kat situ? "
Aulia sudah tidak senang hati dengan kehadiran rakan baiknya itu. Apatah lagi semasa peristiwa yang tidak dijangka akan berlaku. Dia menjarakkan dirinya daripada Adrian.
" Aku saja cuba-cuba datang nak jumpa Adrian. Kau pun datang nak jumpa Adrian ke? " kata Suria cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya sewaktu menyaksikan kejadian yang tidak ingin dilihatnya.
" Korang berdua ni ada apa-apa ke? " pertanyaan Suria memeranjatkan Aulia.
" Ehh...em, apa-apa, apa? Kitorang mana ada apa-apa lah. Eh, apa kata kita duduk dulu? Em, Adrian..ada benda saya nak cakap. "
Adrian memandang Aulia dengan tanda soal. Suria dan Aulia melabuhkan punggung di atas kerusi manakala Adrian masih kekal berdiri di situ sambil memerhatikan mereka berdua. Perlahan-lahan dia menghampiri mereka dan mendekatkan muka.
" Listen girls, I already knew what you're gonna talk about. Still, my answer is NO. Takpe kan, Suria? " senyuman dihadiahkan kepada Suria.
Wajahnya didekatkan pula ke telinga Aulia.
" Don't you dare do this to me next time."
Adrian berura-ura mahu beredar tetapi kehadiran Raffi menghentikan langkahnya.
" Hellooo girls, and you, boy. Wow! What a great sight! Adrian dengan ex-girlfriend dan bakal girlfriend. Situasi yang jarang berlaku bila ex dan bakal adalah BFF. " Raffi berjalan masuk sambil tersenyum sinis.
" Apa yang kau merapu ni? "
Suria cuba sedaya upaya mentafsirkan maksud kata-kata Raffi itu. Aulia pula sudah mula tidak senang duduk.
" Merapu? Aku cakap betul apa. Kan Aulia? " sambil tangannya cuba untuk menyentuh pipi Aulia tetapi sempat ditegah Adrian.
Minda Suria kini penuh dengan persoalan. Kawan Adrian kenal Aulia? Apa yang Raffi cakapkan tadi? Ex dan bakal?
" Raffi, lebih baik kita pergi." Adrian cuba mengajak Raffi beredar dari situ.
" Eh, apa sentuh-sentuh ni brader? Kau tak nampak ke muka Suria tu penuh dengan tanda tanya? Kesian dia, mesti belum tahu perkara sebenar lagi kan. Ex kau tak bagitau eh? Atau patut ke aku panggil dia, 'adik' kau? "
Kenyataan Raffi itu betul-betul memeranjatkan Suria. Adrian dan Aulia adik-beradik?
" Tutup mulut kau tu eh ! " Adrian memarahi Raffi.
Aulia mengajak Suria untuk pergi dari situ tetapi tidak dihiraukannya. Pandangan Suria menginginkan penjelasan daripada Aulia.
" Betul ke apa yang Raffi cakap tu, Lia? "
Aulia hanya berdiam diri. Mengiakan pun tidak, menggeleng juga tidak.
" Mari saya ceritakan ya cik Suria." Raffi berura-ura mahu memberitahu Suria tetapi ditarik oleh Adrian lalu keluar dari situ.
Kini, hanya tinggal mereka berdua.
" Lia, jom balik."
*******
" Apa mummy cakap ni?"
" Mana mummy tau. Kamu tanyalah papa kamu sendiri ! "
" Papa, betul ke apa yang mummy bagitau?"
" Betullah tu. Lepas ni, cepat-cepatlah putuskan hubungan kamu berdua dan tumpukan pada pelajaran. Habis SPM nanti, papa akan hantar kamu ke UK."
Ingatan Adrian pada ayahnya mengembalikan peristiwa itu. Dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Aulia. Kerana Aulia ialah anak luar nikah ayahnya dengan ibu Aulia. Dia sangat marah dengan Aulia seolah-olah Aulia yang bertanggungjawab.
Adrian sudah tidak mahu memikirkan hal itu. Cepat-cepat dia ingin habiskan SPM dan ke melupakan semua yang pernah berlaku dalam hidupnya.
*******
" Macam itu cerita nya yaa.." tekun Suria mendengar kisah tentang Aulia dan Adrian suatu ketika dulu dan sebab mereka berpisah.
Aulia bersyukur kerana rakannya itu tidak mudah melatah apabila mendapat kejutan seperti ini.
" Err...so lepas ni, kau macam mana? "
" Semalam aku dah fikir masak-masak. Adrian pun dah tolak aku, so better aku give up je lah. Dan mulakan hidup baru. " kata Suria sambil tersenyum seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
" Macam tu aje? " soal Aulia yang agak terkedu mendengar keputusan Suria dalam hanya semalaman. Manusiakah dia?
" Yup! Hehe..aku rasa kan aku nak stalker si Raffi lah pulak."
" Hahh??? Suria !! You better not! Takkan kau tak tau perangai dia macam mana. Kaki club, kaki pompuan, takda pun yang baik pasal dia tu."
" I knew..tapi dia luah perasaan kat aku semalam. Hehe..sempat lagi dia. Tak sangka aku."
kata Suria sambil tersenyum ceria.
Sungguh, pengakhiran yang tidak dijangka oleh Aulia.
***TAMAT***




